Jika ditanya saya secara personal, dapat saya katakan, 2011 adalah tahun yang agak menyedihkan saya terutama jika ditanya mengenai bab kerjaya. Bagai ada yang tak kena. Banyak kelemahan diri dan perlukan koreksi. Kadang-kadang diri bagai ditekan-ditekan dan kadang-kadang diri bagai robot yang tiada hati dan perasaan. Astagfirullah.
Beberapa momen yang menggembirakan saya, sudah tentu kelahiran nyawa saya " Syafeeya Marissa".
26.04.2011, Secara pembedahan, membuatkan saya sangat trauma akan kelahiran seterusnya. Namun kita hanya merancang. Tiada Kuasa.
 |
" Kelahiran sempurna, nikmat yang tiada tara" ALHAMDULILLAH
Semasa kelahiran marissa, banyak kursus penting yang membuatkan saya rasa sedih, but saya percaya pada doa adalah senjata mukmin, semuanya dapat saya lalui.
Ada juga momen sedih yang mana membuatkan saya hilang sabar, dimana melibatkan orang lain yang menyusahkan hidup saya, kalau hidup tiada ujian, tiadalah kehidupan, kehidupan yang serba indah semua disyurga.
|
Dalam tahun 2012, saya mengharapkan satu sahaja sifat yang sangat penting, iaitu sifat kesabaran. Bila ada kesabaran, pasti ada kejayaan. YA ALLAH kurniakanlah. Tahun 2012 bakal menyaksikan sekali lagi saya memikul tugas berat dan juga beberapa masalah yang saya perlukan TUHAN untuk permudahkan.
Peranan sebagai isteri juga, saya harapkan supaya saya jadi lebih rajin dan peka serta dijauhi sifat-sifat siteri derhaka. AMIN.
Wishlist Saya:
1) Tahun Mengumpul duit
2) Tahun Saya Membuat Rekod untuk pencapaian cemerlang
:)
~ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Ini..! ~